Bagi membantu rakan-rakan yang ingin log in ke dalam sistem HRMIS, di sini saya bagi tutorialnya, harap dapat membantu.
Alamat : https://internet.eghrmis.gov.my/
Paparan ini akan dipaparkan
Kata laluan ialah no KP. Bagi yang pertama kali log in, kata laluannya ialah no KP. Selepas itu anda akan diminta untuk membuat kata laluan baru. Pastikan kata laluan baru terdiri daripada gabungan huruf dan nombor.
Seterusnya paparan berikut kelihatan
Sila klik pada Pengurusan Rekod Peribadi, dan paparan berikut kelihatan
Sila klik pada Rekod Peribadi untuk paparan seterusnya
Klik Papar Rekod Peribadi untuk menyemak maklumat peribadi
Paparan akan menunjukkan satu jadual yang mengandungi submenu data yang ingin disemak. Sila pilih maklumat yang ingin disemak, contohnya maklumat Keluarga. Jika tiada maklumat dipaparkan, itu bermaksud anda perlu mengemaskini maklumat tersebut. Sila klik pada Kemaskini Rekod Peribadi untuk pengemaskinian.
Sebagai contoh, maklumat keluarga yang boleh ditambah ialah maklumat ibubapa, isteri dan anak-anak. Untuk keluar dari sistem sila klik pada Laman Sebelum pada menu. Selamat mencuba. Sebarang kemusykilan boleh berurusan dengan Guru Data.
"Ketepatan Data Tanggungjawab Bersama"